TERMA DAN SYARAT PELAKSANAAN
- Kepada seluruh penduduk didalam kariah Masjid Al-Amin, Bandar Warisan Puteri yang ingin menjadi ahli khairat hendaklah mengisi Borang Pendaftaran di Portal Khairat Masjid Al-Amin dan terus membuat pembayaran secara online sebagai Wang Yuran Pendaftaran sebanyak RM200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja). Pendaftaran juga boleh dilakukan secara manual di pejabat pentadbiran Masjid Al-Amin.
- Keahlian ini terbuka kepada semua anak kariah Masjid Al-Amin, Bandar Warisan Puteri yang berumur 18 tahun ke atas (sebagai pemohon).
- AJK bersetuju memberi kelonggaran kepada individu yang kurang berkemampuan untuk membuat dua kali (2x) pembayaran dengan membayar sebanyak RM100.00 wang pendaftaran manakala RM100.00 lagi pada bulan seterusnya, akan tetapi khairat akan berkuatkuasa pada tarikh ahli tersebut melengkapkan pembayaran sebanyak RM200.00
Tiada Yuran Tahunan akan dikenakan kepada setiap ahli.
- E-Khairat Masjid Al-Amin akan berkuatkuasa selepas empat belas hari (14 hari) dari tarikh pembayaran di buat/diterima secara rasmi.
- Keahlian akan terbatal/tamat apabila berlakunya tuntutan sebanyak tiga kali tuntutan (3x).
- Manfaat kepada ibubapa ahli hanya akan dibayar sekiranya ibubapa ahli tersebut meninggal di dalam Negeri Sembilan. Ianya tidak terpakai sekiranya berada/menetap dinegeri lain selain dari Negeri Sembilan.
- Mana-mana ahli yang berpindah keluar dari Negeri Sembilan lebih dari 6 bulan, samada ahli tersebut memaklumkan/tidak memaklumkan akan perpindahannya, secara automatik akan LUCUT taraf keahliannya.
- Keahlian hanya BOLEH dipindah milik sekali sahaja kepada pasangannya sekiranya ahli itu sendiri meninggal dunia. Sekiranya pasangannya pula meninggal dunia selepas itu, maka keahlian tersebut tamat secara automatik.
- Pembayaran Wang Tabung Khairat Kematian sebanyak RM1,500.00 akan dikeluarkan seberapa segera oleh Jawatankuasa Biro Khairat apabila dimaklumkan berlakunya kematian bagi membiayai kos pengurusan jenazah sepenuhnya.
- Jika ada lebihan wang khairat selepas urusan pengurusan jenazah, akan diserahkan kepada waris.
DISCLAIMER E-KHAIRAT MASJID AL-AMIN
- Program E-Khairat Masjid Al-Amin adalah satu inisiatif kebajikan masjid bagi membantu urusan pengurusan jenazah ahli berdaftar.
Pihak masjid tidak menjamin kelulusan bantuan sekiranya:
- Maklumat ahli tidak lengkap, tidak tepat atau tidak dikemas kini
- Keahlian tidak mematuhi syarat yang ditetapkan
- Berlaku situasi luar jangkaan di luar kawalan pihak masjid
- Segala bantuan adalah tertakluk kepada peraturan, terma dan keputusan Jawatankuasa Masjid Al-Amin semasa.
- Dengan mendaftar, ahli dianggap bersetuju dengan semua syarat dan ketetapan yang telah ditetapkan oleh pihak masjid.